Followers

14 February 2012

DKNY leather bags for sale ;)


[for sale] DKNY Pleated Nappa suede leather - Red color
Original price almost rm1k
Now only RM400
so hurry, grab a good bargain now ;)

DKNY Pleated Nappa suede leather - Red color

DKNY Pleated Nappa Suede leather - beige color
Original price almost rm1000
Now only RM400
so hurry, grab a good bargain now ;)

23 January 2012

Budaya membaca di London

~Budaya membaca di kalangan rakyat British walaupun di dalam tube (underground train)~

Surat khabar di England, kebanyakannya percuma sahaja, jd org ramai pakat2 ambil dan baca samada dlm bas atau dlm tube. Akhbar pula mcm2 jenis dan kebanyakannya independent (meaning diluar pengaruh politik)--surat khbar dlm bhs Arab pun ada :) Saya fikir, penerbit2 suratkhabar di sini tidak mementingkan sgt keuntungan dpd pembaca (maybe modal mereka daripada iklan2 bercetak shj). Mereka mahukan maklumat sampai kpd rakyat British. Mereka mahu rakyat British berilmu dan bijak menilai sesuatu isu. Kebanyakan topik2 hangat selalunya ada column memuji dan sbelah column lagi pula utk mengkritik atau pendapat org ramai. Jadi adanya check and balance dlm sesuatu isu yg diberitakan. Rakyat pula menjadi semakin bijak utk berfikir kerana didedahkan dgn cara penyampaian maklumat yg sebegitu. Saya harap suatu hari nanti, akan adanya perubahan dlm penyampaian maklumat/berita di Malaysia, sbb bagi saya tiada guna kalo negara maju hanya dr segi pembangunan tp pemikiran dan akhlak makin lesap dan dipinggirkan...Ayuh, lakukan perubahan, tanamkan minat membaca jom!! ;)

19 January 2012

Ayuh lakukan perubahan! ;)

Di Malaysia, saya lihat banyak toilet seat (wc seat type) berbekas atau bertanda tapak kasut. Hitam dan kotor, terutamanya di tandas2 awam yg free. Sehinggakan pernah saya jumpa nota panduan di Tesco supaya jangan berdiri di atas toilet seat tersebut. Beberapa org yg saya kenali, sanggup tidak mahu masuk toilet awam walau sakit perut mcmana pun dan sanggup tunggu sehingga balik rumah. Adakah ini memberi gambaran bahawa sesetengah masyarakat Malaysia pengotor dan tiada lgsg common sense bagaimana nak menggunakan toilet dgn betol? Adakah kita tidak punya langsung rasa common sense??

Ada yg akan jawab, geli nak duduk, jadi lebih baik naik terus dgn kasut. Tapi cuba fikir sebentar, bagaimana pula dgn org lain slps ni pulak? Toilet lagi la kotor dgn bekas tapak kasut kita dan org lain mesti lagi geli, dan lama2 kelamaan proses mencangkung atas toilet seat tersebut jadi kebiasaan. Kotor jadi makin kotor, lama2 roboh terus toilet seat tersebut.

Bagi saya senang saja, kalo kita rasa geli atau kotor, ambillah tisu banyak2, basahkan sedikit dgn air kemudian lap toilet seat tersebut. Kemudian lap dgn tisu kering dan barulah guna toilet tersebut spt normal. Atau lebih senang guna saja hygiene toilet wipes yg skrg ni ada dijual dimana2. Bawak selalu dlm beg, dan lap dulu sblm guna. Jadikan ini sbg tabiat utk perubahan minda rakyat2 Malaysia. Dah penat dgr isu org2 luar negara complain pasal kebersihan public toilet di Malaysia. Kita dah 54 tahun merdeka, tapi minda kita masih lg belum merdeka.Jadi, sama2lah kita buat perubahan okay? Saya yakin anda mampu lakukan perubahan kecil tersebut;)

Kebanyakan toilet di negara2 maju sudah meletakkan sanitizer di dalam toilet cubicle. Just ambil tisu dan picit sikit sanitizer, kemudian lap toilet seat dan baru duduk.

notakaki: ada tengok tak gambar orang pecah punggung sebab berdiri atas toilet seat?? gerun kot......so jgn lagi berdiri ats toilet seat okay ;)

11 January 2012

Kenangan lalu saya dan mak..

Rindu mak! Itulah perasan saya yg membuak2 sejak dr semalam lagi. Kalo bole ingin saya terbang pulang ke Malaysia dan peluk mak, menangis dibahunya. Entah kenapa teringat semua memori2 lama. Mak, seorang yg sgt kuat bagi saya, kehidupan masa lampaunya yg sukar dan susah membuatkan dia menjadi seorang yg tabah. Lalu dia mendidik kami adik beradik supaya berjimat cermat dan selalu ingat yang duit kena cari dan susah nak dtg sendiri. Sebab itu kami adik beradik walaupun bekerja terima gaji bulan2, kami semua ada bisnes sampingan kecil-kecilan sahaja.

Masih ingat lagi sewaktu kami kecil, tiada berkereta, menaiki bas ke pekan Kangar utk membeli baju raya. Ada satu masa tu, mak membawa saya seorg ke Pekan Rabu, Alor Star di bulan puasa dgn menaiki bas dan teksi hanya utk membeli saya sepasang kain telekung baru, hadiah dpt 8A dlm PMR katanya. Telekung tersebut saya masih gunakan sampai skrg dan ada bersama saya di London ni sebab ianya mempunyai memori saya dan mak yang sgt kuat. Ketika itu, saya kata mak, saya nak hadiah sebuah Walkman (harga ketika itu agak mahal seratus lbh kalo tidak silap). Di setiap kedai yg saya Nampak walkwan, saya berhenti. Mak pun berhenti juga. Saya tunjuk saya nak yg itu dan yang ini. Dia tengok saja, dan akhirnya dia tetap belikan saya sepasang telekung. Saya sedih sgt ketika itu sebab saya nak sangat ada Walkman, sbb kawan2 di asrama kebanyakannya ada. Bertahun2 saya hadapi dan belajar dpd situasi yg lebih kurang sama, akhirnya saya paham kenapa mak bertindak sebegitu. Barang yang bukan keperluan utama dia tidak mampu, atau suruh kami cari duit dan beli sendiri.

Bila saya di tahun akhir di USM, saya berjanji pada diri sendiri, yg saya tidak mahu berehat atau ambil cuti slps tamat pengajian, sebaliknya saya mahu terus bekerja cari duit dan cuba bantu keluarga. Saya pulun mencari kerja, menghantar surat2 mencari kerja ketika di semester terakhir. Alhamdulillah, usaha dan doa saya ketika itu didengar Allah Taala. Saya mendapat tawaran kerja pertama saya sbg felo di UniMAP (ketika itu dikenali sbg KUKUM) dgn gaji sebulan RM1500. Dpd gaji tersebut, secara konstan saya berikan pada keluarga RM300, manakala lebihannya saya gunakan utk diri sendiri. Ketika itulah saya baru merasa nak beli kasut, beg tangan, baju, kereta dan sbgainya guna duit sendiri. Masa terus berlalu, dan saya selalu pesan kepada diri saya skrg ni (yg ini suami saya juga tahu perangai saya), saya selalu ckp pada suami, saya takmahu nak belikan dia hadiah mahal2 kalo saya belum belikan something special for my parents first. Bukan apa saya lihat trend anak muda skrg ni, utk boifren, girlfren semua sanggup beli, tapi utk ibu bapa kita pernah terfikir nak hadiahkan mereka yang lagi special?

Ketika di Malaysia dulu, dari zaman saya di university lagi, setiap hari saya akan telefon mak saya, jarang sekali saya missed. Kini di London, disebabkan perbezaan waktu dan kesibukan kerja, saya amalkan at least 2x seminggu utk telefon bertanya khabar keluarga saya. Saya harap rakan2, adik2 diluar sana, hubungilah ibu bapa anda semua (bg yang masih ada), jgnlah terlalu leka dgn panggilan telefon boyfriend/girlfriend sahaja. Ingatlah bahawa suatu hari nanti kita juga akan bekeluarga, mahukah kita dilupakan oleh anak2 kita sendiri? Sampai di sini saja saya menulis, dan ini sekadar luahan perasan yang rindukan mak, abah dan keluarga saya di Malaysia. Miss you all, a lot….

~saya dan mak sewaktu di KLIA, Nov 2010, sebelum berhijrah ke kota London~


17 December 2011

Kita nak jadi ibu bapa yg jenis macam mana?

Sabtu lepas (beberapa minggu yg lepas actually), atas usahasama Malaysian postgrads in London, kami telah berjaya menganjurkan sebuah program bagaimana hendak mendidik anak2 mengikut kaedah Islam. Penceramah menggariskan 7 panduan utama kepada ibu bapa utk balik semula ke rumah dan mendidik anak2, iaitu:

1) Pendidikan Keimanan
2) Pendidikan Moral
3) Pendidikan Fizikal
4) Pendidikan Intelektual/Mental
5) Pendidikan Spiritual
6) Pendidikan Sosial
7) Pendidikan Seks

Di majlis itu juga saya tersedar dan belajar, kenapa ramai remaja2 perempuan akan lebih berseronok dgn boyfriend masing2 berbanding dengan ayah mereka atau keluarga mereka sendiri. Dan kenapa ramai remaja lelaki akan bersikap individualistik dan kurang menghargai wanita apabila mereka dewasa. Dan kemana hilangnya adab dan perasaan 'common sense' dikalangan anak2 muda skrg ni?? jadi bagaimanakah bentuk generasi muda masa akan datang??

Alhamdulillah, di majlis itu, barulah saya tahu yang banyak benda saya tidak amalkan,ada perkara yg saya tahu saya tak penah buat, dan mcm2 lagi. Majlis tersebut memanglah membuka minda saya supaya lebih peka dalam usaha mendidik dan mengawal anak2 kita.

Kita sbg ibu bapa mesti takut dgn masa depan anak2 kita dan slalu harapkan yg terbaik utk anak kita..tapi pernahkah kita terfikir, adakah kita sudah menjadi ROLE MODEL terbaik utk anak2 kita? Adakah kita sebagai ibu bapa sudah memberi 7 pendidikan asas kpd anak2 atau kita hanya menyerahkan tugas etrsebut kdp guru2 di sekolah? Pernahkah kita tahu APA YG ANAK KITA TAHU dan TAK TAHU? Pernahkah kita rasa adakalanya anak2 kita tiada adab yang sepatutnya apabila anak2 kita berada di rumah orang atau di luar rumah? Jadi persoalannya berbalik kepada ibu bapa......Apakah ibu bapa sudah memberi 7 pendidikan asas kepada anak2?

Bila anak kita semakin besar, ibu bapa semakin segan utk bersembang2 dgn anak2....akhirnya anak2 akan memilih kawan2 atau bf/gf sbg tempat utk berkongsi cerita...Jadi, adakah kita tahu apa yg anak kita tahu?? bagaimana pula dgn peranan seorang AYAH terhadap ANAK PEREMPUANNYA?? bagaimana anak perempuannya mahu memilih seorg CALON SUAMI, sekiranya ayahnya tidak bertindak sbg role model di dalam rumah? dan apabila seorang ayah menjauhkan diri (kurang berkomunikasi) dpd anak perempuannya yg dewasa....apa yg akan terjadi apabila anak perempuanya berjumpa dgn lelaki lain yg selalu mengambil berat?? --inilah antara2 kupasan2 menarik spjg sesi tersebut...semua benda ni buat saya terpikir dan insyaallah saya berjanji utk perbaiki diri saya dulu agar dpt menjadi contoh utk anak saya nanti....

Kita kena sentiasa penuhkan diri kita dgn ilmu dan mendahului anak2 kita, supaya anak2 kita bule share their story and interest with us..so that takde la anak2 akan rasa diorang lagi pandai dari kita dan bule memperbodohkan kita suatu hari nanti...tambahaan dlm dunia yg serba serbi canggih skrg ni...:)"To educate your child, you need to educate yourself first. To correct your child, you need to correct yourself first."-from kak Putri

Begitu juga dengan pendidikan seks terhadap anak2. Seawal mana ia perlu bermula?? Insyaallah next entry saya akan cuba sampaikan apa yg tahu (sedikit sebanyak shj).

Dan terakhir yg paling simple iaitu, Khalifah Method:
1) Be good to yourself
2) Influence anybody around you to be good as well
3) Make the environment clean :)

Penceramah tersebut jugak mencadangkan 1 set buku ini sebagai panduan: http://pustakaiman.blogspot.com/2010/07/dapatkan-buku-tarbiyatul-aulad-fil.html


Insyaallah, saya akan pelajari lagi utk memperbaiki kelemahan diri saya, supaya saya menjadi contoh kpd anak2 saya nanti. Saya percaya,sekiranya kita ramai2 mendidik keluarga kita menggunakan pendekatan Islam, Insyaallah masyarakat sekeliling akan melihat dan mungkin menjadikan contoh pula, lama kelamaan, ianya akan jadi ikutan dan mampu menghasilkan masyarakat yg harmoni dan sehat ;)

Will be cont.......

29 November 2011

Bila saya berada jauh di negara orang...

Saya sangat menghormati seorang rakan se-makmal saya dari Saudi Arabia ini. Saya lihat beliau sebagai seorang Muslim Arab yg benar2 mengamalkan ajaran Islam (terhad kpd apa yg saya nampak saja). Dan di makmal saya juga, ada seorang lagi Arab yg sudah menjauhi Islam malah pernah dia minum arak di depan saya. Kami sangat baik dan dia selalu tolong saya dalam kerja2 PhD ini.

Saya selalu melihat kedua-dua mereka ini, ketika mereka di dalam kesusahan dan kesedihan mengenai kerja2 PhD yg tidak menjadi, yg seorang itu sangat tenang, dan selalu berkata pada saya (translation) "Kita ada Allah,kita percaya Allah ada disisi kita utk memberi rahmatNya atau ujianNya pada kita, kita telah berusaha dan selebihnya kita serahkan secara ikhlas mohon kpd Allah beri jalan penyelesaian"

Berbeza dgn yang seorang lagi pula, saya lihat dia sgt berusaha bersungguh2 sbb dia cakap pada saya "only me and my hardwork will determine my success" Bila dia di dalam kesusahan, dia terus berusaha2 sehingga saya nampak dia sedikit kusut, dan apabila dia berjaya melepasinya, dia cakap pada saya lagi "i'm going out getting drunk tonite!"

Bila saya melihat dan mengkaji kelaku mereka berdua ini, baru saya sedar kenapa kes bunuh diri dikalangan non-muslim sangat tinggi. Bagi org2 Islam, kita ada IMAN, kita tahu kita ada Allah, kita senantiasa perlukan Allah di sisi kita....walau sehebat manapun kita berusaha, kita tahu setiap situasi memerlukan kita benar2 berserah dan bertawakal kpd Allah s.w.t. Bila kita kurang bernasib baik (dlm perkara2 yg diluar kawalan sendiri), kita redha dan menilai semula, kita percaya mesti ada hikmahNya disebalik sesuatu itu. InsyaAllah, itulah kunci ketenangan kita.

Memetik tulisan mentor saya dalam kiriman emelnya kepada saya;

"Segala KEPUTUSAN dan HASIL di dunia adalah milik mutlak Allah semata2. Kita diberi oleh Allah kebebasan utk berikhtiar, berusaha dan memilih sahaja. Kita akn diberi balasan ganjaran kebaikan atau keburukan atas usaha dan pilihan kita yg kita panggil AMAL dlm Islam. Jika kita Pilih n Usaha jln ke Syurga, Allah akn bantu dan permudahkan jln kita ke Syurga. Allah akan permudahkan kita buat kerja2 amal kebaikan. Jika kita Pilih n Usaha jln ke Neraka, maka Allah akan tetap izinkan jln kita ke Neraka. Allah beri keizinanNya utk mereka minum arak dan melakukan pelbagai maksiat lagi. Allah tidak akan pernah menzalimi hamba2Nya.”

"Kadang-kadang kita selalunya akan membaca Al.Quran tertentu bagi mengelakkan musibah atau memohon bantuan dari Allah (termasuklah saya sendiri), tapi sebenarnya ayat2 tersebut tiada kuasa apa2 pun, hanya yang ada ialah ikhtiar dan usaha daripada kita. Kita perlu tahu bahawa amalan membaca ayat2 tersebut sukar berhasil sekiranya tidak disertakan dengan pegangan AQIDAH yang jelas dan kukuh. Sebagai panduan ringkas,:

  1. Jiwa kita mesti menyedari kita sentiasa menZalimi diri kita kerana seringkali lupa akan Allah dlm kehidupan kita. Ini perlukan kita sentiasa memohon keampunan drpd Allah. Allah ajar kita dlm AlQuran bahawa Allah cipta kita utk sentiasa mengabdikan dan tunduk diri kpdNya. Bukan waktu solat atau waktu ibadah khusus sahaja. Dlm waktu solat pun kita sentiasa terlalai drpd ingat kpdNya, apatah waktu lain.
  2. Kita mesti merasa Hina di sisi Allah kerana menzalimi diri kita spt di atas dan seringkali lakukan dosa walaupun kita tahu perkara itu salah di sisi agama.
  3. Kita mesti rasa Lemah di sisi Allah kerana tiada berdaya upaya utk lakukan sesuatu perkara hatta utk buat kebaikan. Kebaikan yg kita lakukan merupakan anugerah Allah kpd kita disebabkan kita pilih n ikhtiar utk buat baik.
  4. Kita mesti rasa Jahil sejahilnya di sisi Allah. Segala ilmu yg ada pd kita juga anugerah Allah pd kita agar kita jlnkan tanggungjawab kita di dunia ini sebagai khalifahnya.
  5. Kita rasa Fakir di sisi Allah dan sentiasa berhajat kpdNya dlm setiap detik dan ketika.


Jika kelima2 perasaan ini kita benar2 hayati dlm jiwa sanubari kita, barulah kita boleh merasai Allah dlm jiwa kita. Dan bila kita memohon kpd Allah disertai dgn lima sifat ini, insya Allah Allah akan bantu kita sebab kita berada dlm situasi yg benar2 memerlukan bantuan Allah. Baru kita berada dlm situasi kita benar berserah dan bertawakkal kpd Allah. Kita tidak lagi membaca doa2 atau ayat2 Quran dgn lidah semata2 tanpa hati yg benar2 tunduk kpd Allah"

21 November 2011

Rumah untuk disewa di Alam Budiman (availability 11 Dec 2011)

Akibat selepas menayangkan sedikit gambar rumah saya beserta iklan mencari penyewa, saya menerima beberapa emel bertanyakan tentang rumah tersebut. Terima kasih kpd yang bertanya. Disini saya sertakan sedikit maklumat tambahan tentang rumah yg nak disewakan tu. Cuma, kami mencari penyewa yang sudah bekerluarga atau yang sudah berkahwin sahaja. Strictly not for bujang2, harap maklum ye ;)




Pemilik rumah: En Ahmad Faiz dan Pn. Bibi Intan Suraya
Reason-to-rent: Kami sekeluarga sekarang berada di London (minima 3 tahun)
Lokasi: Alam Budiman, Shah Alam Seksyen U10.
Kawasan perumahan berdekatan: Bukit Jelutong, Cahaya SPK, Sunway Alam Suria, Sunway Kayangan, Bandar Nusa Rhu, Greenhill dan etc. (sila google :D)


Jenis rumah: End Lot, double storey terrace.
Keluasan rumah: built up area ~2300 square ft (agak besar bagi sebuah rumah terrace)
Jumlah bilik: 4 bilik with 4 toilets (semua toilet berasingan)
Harga Sewa: RM1000 (standard rate di kawasan tersebut dan kwsn berhampiran)

Kelebihan secara 'general':

  • Guarded & gated area.
  • Playgrounds, jogging track - available
  • Grill siap terpasang
  • Rumah baru dan bersih lagi ;)
  • 24 jam mamak restoran, banyak kedai makan best,Vicchuda juga ada di kejiranan ABudiman.
  • mini market, halal fresh market, kedai hardware dan macam2 ada :)
  • penduduk ABudiman yang baik2. tak percaya? sila layari forum Alam Budiman :)
  • rumah saya sudah ada pokok, bule menambahkan oksigen :p
  • langsir sudah ada :p
  • satu set perabot bilik tido
  • Aircond di bilik tido utama




Kekurangan secara 'general' (biasa la kan, mana ada yang sempurna :D)

  • jalan Batu Arang utk keluar ke federal highway, agak jammed pagi2. Tapi skrg
  • tiada perabot (hanya ada set bilik tido sj di bilik bawah) :)
  • Tiada kitchen cabinet


panduan peta dari Alam Budiman ke Shah Alam :)

Panduan peta dari Alam Budiman ke Kuala Lumpur ;)

Berikut pula merupakan gambar rumah contoh (courtesy SHL Bhd. developer)

~living hall sebelah kanan~
~living hall sebelah kiri~
~dining hall~
~master bedroom~
~ground floor plan~

~first floor plan~


Sekiranya berminat, boleh hubungi saya di bb.intan.suraya@gmail.com ;)

15 November 2011

Rindu Malaysia

Hampir genap setahun kami sekeluarga berada di kota London, UK. Dalam tempoh setahun ini, baru sekali kami pulang ke Malaysia, itu pun kerana my sis and my Bro in law kawen. Harap2 tahun depan ada duit lebih sikit, bule lah buat modal balik Malaysia. Takpun, harap2 ada yg sudi sponsor. Ada ke? :p Ahhh rindu betol Malaysia, esp my family :(

Abang Nabil Afiq (my sis's son) dan adik Aisya Zara

Saya peminat no satu adik Aisya Zara tauuu........:)
Bila la ibu abg Abin nak bawak Abin melawat adikk ni........?

Makngah Aisya Zara pula dah hampir 5 bulan pregnant....hmmm tak sempat ler tengok new anak sedara bakal lahir nanti :(( mood rindu malaysia lagi........

Bercakap pasal Malaysia....saya ingin membuat pengumuman belum rasmi: Kami bakal menyewakan rumah kami di Alam Budiman (Shah Alam seksyen u10) bermula 1 januari 2012. Kami mencari penyewa (bagi pasangan yang dah berkahwin atau bekerluarga sahaja) yg boleh menjaga rumah kesayangan kami ini dengan baik dan bule membayar sewa rumah setiap bulan pada masa yang ditetapkan. Utk pertanyaan lanjut bule hubungi saya di emel bb.intan.suraya@gmail.com


~Our home sweet home (end lot, 4 bedrooms/4 toilets, 2300 sqft)~

05 November 2011

Tulisan di musim luruh dari kota London.

Di antara waktu terbenamnya matahari 9 Zulhijjah dan terbitnya matahari 10 Zulhijjah, umat Islam dari seluruh pelusuk dunia yg sedang menunaikan haji akan berwukuf sebentar di padang Arafah untuk memohon keampunan daripada Allah s.w.t. Menurut hadith diriwayatkan oleh Al-Thirmizi, Rasullullah s.a.w pernah bersabda "Tidak satu hari dimana Allah paling banyak membebaskan seseorang dari neraka melebihi hari arafah. Sesungguhnya Dia mendekat, kemudian Dia membangga-banggakan mereka (manusia) di hadapan malaikat. Dia berfirman: Apa yang mereka inginkan?”


Dan apakah pula pengertian Aidiladha kepada umat Islam yang tidak menunaikan haji? Adakah sekadar hari raya berjumpa sanak saudara? langsir baru, duit raya, rumah terbuka dan sebagainya?Dan kita sebenarnya digalakkan untuk memohon keampunan dari Allah s.w.t dengan melakukan Qurban, berpuasa pada 9 Zulhijjah dan memperbanyakkan Zikrullah. Kerana apa?? jawapannya.....sila hayati hadith di atas ok ;)


Tatkala umat Islam di Malaysia ingin menyambut Hari Raya Aidiladha dan cuti hujung minggu yang panjang, terdapat pula sekumpulan manusia yang ingin memperjuangkan seksualiti aneh. Yang lelaki mahu berteman-lelaki dgn lelaki dan yang perempuannya pula mahu berteman-wanita dgn wanita. Atau dgn lebih ringkas ialah mahu menghalalkan hubungan sejenis sesama mereka. Mereka mempamerkan slogan dgn tema Seksualiti Merdeka- Querr without fear. Bukan ramai pun golongan sebegini, malah mereka ini dikira sebagai golongan minoriti sahaja yang takut ditindas atau dikenakan hukuman apa2 sekiranya mereka mengamalkan hubungan sejenis ini . Saya takmau ulas panjang mengenai ini, kerana dah ramai yg mengecam tindakan golongan minoriti ini.


Cuma apa yg saya nak sentuh sedikit ialah keterlibatan umat Islam dalam program Seksualiti Merdeka tersebut. Banyak dalil2 atau ilmu agama berkenaan kecenderungan individu terhadap kaum sejenisnya. Sekiranya kita cari, belek-belek cikit, hayati sedikit sebanyak, insyaallah kita tahu bahawa Allah melarang umat manusia daripada menukar kejadian dan fitrah manusia. Kisah nabi Luth dan kaumnya di kota Sadum (Sodum) patut dijadikan pengajaran, malah bukti kemarahan Allah terhadap kaum ini telah dijumpai di kawasan sekitar Laut Mati, digariskan oleh arkeologis sebagai purbakala Babhedra, dan pernah juga didokumentarikan oleh National Geographic. sila google ya ;)


Persoalan di sini, kenapa Allah tu begitu marah terhadap kaum nabi Luth ini?
dan kenapa kaum tersebut dan golongan minoriti ini punya kecenderungan hubungan sejenis?
Adakah ibu bapa mereka asalnya daripada hubungan sejenis?
Sekiranya lelaki (dari kalangan mereka) betol2 ingin menjadi wanita, kenapa perlu menjadi pondan berambut palsu merah, kuning, berseluar ber-skirt ketat menampakkan peha dan dada? kenapa bukan menjadi wanita ayu bertudung berbaju kurung?
Begitu juga dengan yang perempuanya- menjadi sedikit tidak ayu, berambut pendek ala tomboi, dan sebagainya. (selalu confused, yang jadi pasangan kpd yang si tomboi itu dipanggil apa ya?)
Persoalannya semula, kenapa hubungan sejenis ini TIDAK DITERIMA? bukan sahaja Islam yg melarangnya, bahkan semua agama juga melarangnya.


Bagi saya, golongan ini perlu didekati, disayangi, dan diberi pemahaman secara halus. Bukannya dibenci, dikutuk dan dihina, kerana ada di antara mereka itu mungkin sahabat2 kita atau saudara mara kita. Dan bukan juga bermakna mengiyakan saja Seksual Merdeka, tapi mendengar pendapat mereka dan balas semula dgn hujah yang bernas. Apakah efek pada kehidupan mereka di masa kini dan masa akan datang sekiranya mereka mengamalkan hubungan sejenis? Berikan mereka hujah supaya mereka bule berfikir dan membuat pertimbangan mana lebih banyak: baik atau buruknya kesan daripada hubungan sejenis? Dan bagi pendapat saya, institusi kekeluargaan lah yang paling penting dalam usaha menyelamatkan golongan2 ini. Kerana mereka buleh berfikir dengan jelas, datangnya mereka ke dunia ini daripada hubungan 2 jenis iaitu ibu dan ayah mereka. Lelaki dan wanita.


Menghalang atau mengharamkan hubungan sejenis bukanlah untuk mendiskriminasikan hak individu, tapi sebenarnya golongan tersebut yang telah mendiskriminasikan hidup mereka. Bagaimana?? Tepuk dada tanya diri sendiri ;)


Sekian.





~bukankah bahagia bila kehidupan mengikut fitrah semulajadi?~


Akhir sekali salam Aidiladha dari saya dan family, buat keluarga tercinta di Malaysia dan rakan2 bloggers seantero dunia maya. Semoga kita semua memperoleh keampunan dari Allah s.w.t.

01 November 2011

BB's kitchen #2: Thai curry - Padphet Ayam


Bahan-bahan:
  1. Ayam (guna bahagian breast dipotong kecil2)
  2. Bawang putih 4 + 2 ulas
  3. Bawang merah 4 +2 ulas
  4. Lengkuas 2 inci
  5. Kunyit hidup 3 inci
  6. Serai 1 btg
  7. Cabai melaka/cilipadi -guna 6 (penjodoh bilangan ukt cabai apa ye??)
  8. Cabai kering -guna 6
  9. Ground black pepper (lada hitam) -10 biji
  10. Daun limau purut
  11. Santan (1 cawan)
  12. Susu cair (1 cawan)
  13. Daun limau purut
  14. Kacang panjang, carrot (optional)
Cara membuat:
  1. Kisar guna blender bahan-bahan bernombor 2 sehingga 9 utk dijadikan paste padphet.
  2. Masak 1 cawan santan dalam kuali sampai mendidih dan pecah minyak.
  3. Apabila santan sudah pecah minyak, tumis bawang putih dan bawang merah sehingga kekuningan.
  4. Masukkan bahan2 yang sudah dikisar (paste padphet) ke dalam kuali.
  5. Masak paste sehingga mendidih.
  6. Masukkan ayam dan daun limau purut.
  7. Masukkan susu cair.
  8. Masukkan kacang panjang.
  9. Tambah garam, gula. secukup rasa.

Bila membuat Thai curry padphet ni, yang penting sekali ialah tahu rasa sebenarnya. Bagi sesiapa yg belum pernah try makan padphet mesti agak sukar sikit utk mendapatkan rasa sebenarnya sbb penggunaan gula/garam yang tidak betol menyebabkan rasanya jadi berbeza. Jadi kena pandai agak2lah rasanya yg enak bagaimana. ok, selamat mencuba ;)


notakaki: thanks to my sis, dia yang bagi resepi ni :D dan di Kuala Perlis, terdapat 2 kedai yang menyediakan Thai padphet yang sgttt sedap: kedai kakTom dan kedai kakBibah - guna nama tokei kedai terus, sbb taktau nama kedai diorang hehehe.

26 October 2011

Birthday's dinner: YumYum Thai Restaurant @North London

Alhamdulillah, syukur dgn nikmatNya, saya masih lagi bernafas, sempurna akal dan fizikal ketika umur telah menginjak setahun lagi. Selamat hari lahir Bibi! Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada ahli keluaga dan rakan2 di Facebook yang telah memberi ucapan dan kiriman doa buat saya. Semoga kalian juga berada dalam keadaan baik dan di bawah rahmatNya. Saya seperti biasa, meneruskan kerja dan urusan seharian di pejabat, sehinggalah ke petang. Dan di sebelah malamnya, en. suami decided utk celebrate my birthday di YumYum Thai Restaurant. Kami berdua memang dah lama mengidam nak makan Thai foods, malangnya tak pernah jumpa Thai restaurant yang menyediakan makanan HALAL di kota London. Alhamdulillah,setelah en. suami membelek2 di http://www.halaleatingout.com/, terjumpalah restaurant YumYum yang menyediakan makanan Thai HALAL dan agak dekat dgn rumah kami ;)

further info about this restaurant, please click here ;)

with my sis-in-law, Yasmin.

Dapat pekena Somtam (kerabu ala Thai)-my favourite memang terrrrbaikk lahh!!!! tapii tomyam seafood dia kurang 'umpphh' sikit

Semalam my main supervisor juga wish my birthday, and dia suruh berdua-duaan jaaa dgn suami. Toksah bawak anak katanya. Suruh sapa2 jaga. hehe. Saya cakap, kami bertiga tak pernah berpisah dan tak pernah ada masa berdua nak pi dating lagi hahaha. Dia cakap tak bule mcm tu, kena selalu tinggal2kan anak dan kena wujudkan quality time juga antara suami dan isteri. Wahhh hebat my supervisor kann? hehe


Upacara potong kek juga tak dilupakan. Birthday tanpa kek kan pelik bunyinya hehe. Thank you very much to my beloved husband, for the treats and the cake too (walaupun ianya yang instant from Marks & Spencer :p). Above of all, I had a fantastic time with my lovely family here in London.

20 October 2011

BB's kitchen #1: homemade meatballs






Bahan-bahan:
  1. Mince meat (daging kisar) 1/2 kilo
  2. chopped onion (bawang besar yang telah dicincang)
  3. chopped coriander (daun sup yang telah dicincang)
  4. black pepper powder (serbuk lada hitam)
  5. white pepper powder (serbuk lada putih)
  6. onion granules (serbuk bawang besar)
  7. garlic powder (serbuk bawang putih)
  8. bread crumbs (serbuk roti?)
  9. salt (garam)
  10. telur ayam (1 biji)
Cara-cara membuat:
  1. Basuh mince meat bersih2. guna penapis.
  2. Goreng chopped onion + chopped coriander with butter, sehingga kekuningan sikit2.
  3. Campurkan chopped onion+coriander yang telah digoreng tadi bersama dgn mince meat.
  4. Gaulkan mince meat dgn bhn 4,5,6,7,8,9, 10 (secukup rasa)
  5. Buat bulat2. siap your homemade meatballs!
  6. Masak samada nak goreng dgn butter atau pop into oven.
  7. Sedia untuk dimakan ;)
Selamat mencuba puan-puan semua ;)

17 October 2011

Fix me

When you try your best but you don't succeed
When you get what you want but not what you need
When you feel so tired but you can't sleep
Stuck in reverse......
And the tears come streaming down your face
Could it be worse....-Fix You by Cold Play



For the first time in my life, I've cried in front of my PhD supervisors. Honestly, i cant believe I behaved in that way too, it just happened suddenly after my main supervisor asked me "how are you feeling rite now, Bibi?" I wanted to say something, I prepared my words..but all those words got stuck in my throat, I can't say anything more. I just felt I had enough, but I haven't actually. I tried my best, but i'm not moving to the next level. And it's already 11months since I've been in the PhD life. I wanted to say many things...but I just can't...I feel so frustrated with myself. But seriously, what I can only say is (deep in my heart), thanks to Allah, I've got both of them as my supervisors!


Our dpt. graduate tutor always said to me, I've got the best supervisor from our department. And I believe it is true.


PhD, tak sama seperti undergraduate research, juga bukan seperti part of masters dissertation, jauh sekali pergi kuliah setiap hari dan di hujung semester ambil exam. Tidak sama sekali. PhD ialah mencari sesuatu yang baru untuk diteroka, sesuatu yang luarbiasa, sangat luas, dan merangkul semua aspek2 dalam kehidupan. Ianya bukan hanya bergantung pada kebijaksanaan semata-mata, tapi juga pada sikap dan disiplin pelajar PhD, dan juga hubungan student-supervisors. Ramai kawan2 yang berkongsi kisah supervisor masing2, tak kurang juga aku asyik melayan kisah2 PhD di findphd.com etc....rata2nya akan mengulas tentang pentingnya hubungan baik di antara supervisors dan student. Topiknya bukan membodek, tapi pokoknya ialah sejauh mana supervisor itu bule guide the student into a right track dan sekaligus menghasilkan PhD student yang berkualiti.


My supervisors..just want me to give my very best-in the way of they think it is the best. Every results must have error and uncertainty analysis, every result must be provided with the proof of calculations, every results must be supported with theoretical explanations and arguments. In another words, everything I did and got must be presented correctly! they also said to me, rather than examiner going to ask me or correcting my research outcomes, it is better that nothing is to be corrected, so i shall prepare the best one! Nak prepare yang the best one tu laa yang mslh sikit.macam main ping-pong pulak....aku hantar, diorang hantar balik. Aku hantar lagi, diorang hantar balik.....:p


But above of all, I've learnt a lot from them, and I'm glad they are my supervisors. They said to me that one day I'll be supervising my very own PhD student once I graduated. So I shall prepare myself with good research skills. I think I just got back my energy, my passion in my research, may Allah always lights my way and guide me to the end of my PhD journey. I know, this is a tough journey with so many things to challenge my ability, but i also know that...so many PhD student out there have reached their end with flying colours..what I need is just to have courage with myself, have faith in Allah, and push myself to work harder than before. I will keep remind myself, I only get three yrs opportunity to finish this journey, so I better stop blogging now, get sleep and start my new day tomorrow with fresh head.


Till then, good nite everyone...and good morning for people in Malaysia. Love you all. Thank you for reading my blog;)


~currently addicted to...~


~i think i need this too...:)~


notakaki: I've got many emails, from best-friends, ex-lecturers, ex-students who sent me inspiring notes and asked me not to give up. Thank you guys for your concern, thank you and really thank you. To my dearest,I hope you know that I will fight for this.

12 October 2011

Aisya Zara: After 11 months in London

Aisya Zara buat pertama kalinya menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-2 di kota London, secara besederhana sahaja. 22 August 2009 dia dilahirkan. Dari sekecil tapak tangan, kini sudah besar panjang dan banyak karenah. Walaupun banyak karenah, ibu dan ayah sangatkan sayangkan Aisya Zara, dan doakan semoga Aisya Zara menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan di akhirat. Sebenarnya ibu agak terkilan kerana lambat update tentang entry ini, sbb ibu sangat sibuk dgn kedatangan Syawal haritu, potluck, pindah rumah, phd report, dan segala mcm lah. so harini ibu tunaikan janji ibu. Update blog tentang Aisya Zara :p


Ibu suka kek coklat moist, tapi ibu takpandai buat kek. Maafkan ibu ye, ibu just beli yang instant je dkt Iceland, dan masuk terus dalam microwave. Cepat, mudah dan sedapp sgttt, Aisya Zara pun suka makan :p Yang penting Aisya suka. Hadiah pun ibu tak sediakan apa2 pun, cuma ayah yang berikan Samsung Galaxy Tab utk Aisya Zara belajar ABC,123 and etc. Alhamdulillah di usia Aisya Zara 2 tahun, Aisya sudah mengenali dan membaca ABC/123 dgn jelas. Ibu ada ambil video2, tapi sedihnya Aisya Zara selalu delete video2 dalam Iphone ibu :( Takpala, yang penting anak ibu sentiasa menjadi budak baik dan budak bijak ibu ;) Harap anak ibu sentiasa sihat....


Tapi dua minggu lepas, Aisya Zara tidak sihat. muntah setiap dua jam, demam dan tak lalu makan langsung. Rupanya Aisya Zara dijangkiti Hand, Foot, Mouth Disease (HFMD). Mulutnya penuh dengan ulcers menyebabkan Aisya Zara langsung tidak mahu makan dan minum susu. rasa sedih sangat melihat keadannya, tapi itulah ujian dari Allah s.w.t yang mahu menguji kesabaran ibu dan ayah melayan anak yang sakit. Ramai ibu bapa yang belum atau masih tidak tahu tentang penyakit ini yang sangat senang berjangkit pada kanak2 berumur bawah 10 tahun. Jadi adalah dinasihatkan utk mengkuarantin anak2 yang terkena HFMD selama 2-minggu, bagi mengelakkan penyebaran virus HFMD tersebut pada kanak2 lain pula as well as aspek2 kebersihan yang perlu dititikberatkan sekiranya membawa anak keluar ke kawasan terbuka. Selalulah bawa Dettol spray atau sanitizer Ok ;)

~ 1 Sept 2011: Aisya Zara's first day with HFMD~

Alhamdulillah, kini Aisya Zara sihat sepenuhnya, cuma masih lagi dalam tempoh kuarantin sehingga sabtu hujung minggu ni. Hopefully this weekend Aisya Zara dah bule main2 di playground ;)

Last but not least,

Selamat membesar anak ibu........
Jangan lupakan ibu dan ayah bila besar nanti :p



27 September 2011

PhD: Today's lesson

"Bila berhadapan dgn suasana yg BB hadapi skrg, BB hanya ada satu pilihan. Struggle with your maximum capability and effort to give the best results. There is no easy way for turning back. You must moved forward and take all necessary actions to achieve your aim. Insya Allah, with Solat, Doa and sincere struggling, you will obtain your PhD. You need to pay a high price for the PhD since it is the significant personal achievement" --a msg from my mentor.



Another reason for not blogging (a while, hopefully). 1 bulan berlalu tanpa sebarang output. Bukan tiada langsung, tapi ada satu. Bila ada satu output, tapi banyak pulak komen from supervisors. Rasa macam dah berusaha bersungguh-sungguh tapi masih lagi tak betol. Ada perasaan give up dan letih sgtt. Sebab tu alihkan pikiran serabut dgn memasak dan shopping :p Daripada tak pandai sgt masak terus jadi reti masak semua benda. Daripada tak penah2 aku buat pengat pisang, terus reti buat (walhal senangnya yang amat :p).



Back to the comments- be it negative or positive, tapi kalo kita ambil ia sebagai satu panduan utk majukan diri sendiri, insyaAllah kita akan maju ke depan. Masih ingat tentang aura postif dan negatif? Dalam Islam, aura itu umpama roh...roh yang tidak akan tepisah dgn jasad kita kecuali mati...sekiranya kita sentiasa memandang sesuatu perkara dengan positif, maka aura/roh kita juga akan menggerakkan jasad kita(our brain of course)ke arah positif. Dan begitu juga sebalinya.....sekiranya kita memandang setiap komen yang dilemparkan pada kita dgn pemikiran sempit, maka sempitlah pemikiran kita tanpa melihat komen tersebut dari dimensi yang berbeza-beza. Jadi, aku melihat setiap komen daripada supervisor sebagai suatu 'constructive comments' = komen yang membina, untuk memperbaiki mutu tulisan dan cara pemikiran. Bila bersembang2 dgn kawan2 sepejabat, mereka kata..akan sampai masa dimana kita tahu cara untuk berfikir dan olah perbincangan di dalam report sebagaimana yang supervisor(s)kita hendakkan. So aku positif, aku akan sampai ke tahap itu. Hanya dengan belajar dan terus belajar, dan sesungguhnya hanya dgn izin dari Allah s.w.t. Positif.


Sekian.


22 September 2011

Rumah baru.

Antara sebab blog bersawang.

Kemas baju, susun barang, pindah rumah, beli brg dan hias rumah baru.

Alhamdulillah, kali ni dpt la rumah besar ckit dari rumah lama.

(alaa besar cara di London lah, takdaklaa besar mcm rumah2 di Malaysia tuu)
sempurna lah urusan perpindahan rumah kami.
harap lepas ni dpt belajar dgn rajin semula lps ni :p


bilik tdo.
living room & achik's room (ohh she's staying with us too ;)


our small kitchen :(


and the garden. bule la buat Aisya Zara main2 kat ctu. takpun for BBQ party :p

19 August 2011

Melayu di Malaysia

Negaraku tercinta: Malaysia
Population: 54% Malays, 25% Chinese, 7.5% Indian, 13.5% others


Melayu di Malaysia merupakan group populasi tertinggi, tetapi merupakan kumpulan yang mendapat pendapatan terendah.


Melayu di Malaysia merupakan populasi tertinggi, teapi hanya dua org Melayu saja yang masuk senarai org2 terkaya di Malaysia :D



Sama2 kita renung2kan, dan selamat beramal :p



ps: jom pakat2 buat bisness...... :p




14 August 2011

Hikmah di kala Ramadhan...

I am currently addicted to Quran recitation by Sheikh Mishary Rashid, with captivating translation at Youtube: Muhammad Atif's channel. go guys, check it out the website ;) Sebelum ini, hanya membaca Al-Quran, dan read the translation in my Iphone--just baca dgn kadang2 paham dan tak paham apa makna surah2 tersebut. Sebab merasakan diri Islam. Percaya 6rukun Imam dan 5 rukun Islam. We are born Islam, dibesarkan dgn didikan Islam, dan berada dalam negara Islam. Fine. dan macam perfect kan.


But somehow, bila berada jauh di negara orang..dimana teman se-lab slalu tanya kenapa perlu berpuasa, tak penat ke berpuasa, kalo feel sick tak payah la posa (sbb aku ni slalu kena sesema dgn batuk kalo kena angin sejuk skit :p), tak panas ke pakai tudung and banyak lagi lah....so mcm terkesima tak tahu nak jawab apa, hanya bule jawab i'm OK with all these and kdg2 hanya senyum saja. Rasa lidah ini tak pandai nak berkata-kata (lebih2 lagi dalam English :p), menjawab segala pertanyaan yg dikemukakan.


By Allah will, one day while I was bloghoping, terjumpalah video 'The Kingdom (Al-Mulk)' at blog kak Zuraihana. MasyaAllah, makna2 surah yg sebelum ini pernah dibaca berkali-kali, kali ini maknanya semua berpusing2 dalam kepala dan Alhamdulilah sangat mudah dipahami. Then i tried to search more video from the al-mulk-video developer in Youtube, sampai la terjumpa video 'The Beneficient (Ar-Rahman)'. Dulu masa di sekolah, setiap malam Rabu (if not mistaken) kena baca surah ni, dan tahu surah tersebut ada satu ayat istimewa yg sentiasa berulang2 dan ada maknanya yg tersendiri, tapi kali ini, by looking at this video.....dia punya maknanya.....sangat mendalam......



Setelah segala nikmat dan kebaikan yang Allah berikan pada aku, segala ilmu, harta, anak, suami, family, hidup semula selepas major operation dan segala bagai kurniaanNya ...macam ini saja balasan aku pada padaNya? Apa aku rasa semua ilmu datang dari otak sendiri? harta dan pangkat datang dari segala susah payah sendiri? Anak dalam perut lahir ke dunia hanya dgn PUSH?



"Then which of the Blessings of your Lord will you deny?"-Ar-Rahman
"Maka yang mana satukah di antara nikmat-nikmat Tuhan yang kamu hendak dustakan"-Ar-Rahman


Kita tahu semua sistem dalam badan manusia dikawal oleh otak(brain), and our brain controlled everything in our body...but Who is controlling our brain? lain dan tak bukan ialah Allah s.w.t. Mungkin sbb mencari2 jawapan itulah, sampai skrg org-orang Barat masih lagi mengkaji bagaimana otak berfungsi, dan di Timur pula, mengkaji bagaimana anggota manusia berfungsi supaya mereka bule mencipta robot yg seakan-akan manusia...


Harta kita yang hari ini kita dapat, ya benar mungkin dgn usaha kita. Tapi bagaimana sekiranya kalo harta2 itu tiba saja musnah dijilat api, atau terbenam dalam perut bumi ketika banjir atau tanah runtuh......sebagaimana rantai tangan kawen aku yg hilang di airport/dalam flight haritu? maybe sbb kalut dtg UK, dan tak sempat bayar zakat utk tahun lepas :( aku anggap ianya sebagai peringatan pada aku direct from Allah dan menuntut tindakan segera....sebab itu dalam Islam dan org2 yang bersyukur, dia akan memberi sebahagian daripada hartanya utk dizakatkan.....


Begitu juga dgn kepandaian....kita study bagai nak rak atau study rilex2 saja dan akhirnya dapat result yg sgt cemerlang tahun satu, dua dan seterusnya.....tapi bagaimana kalo hari nak exam di tahun akhir kita demam kepala pusing2? atau lebih hebat, kena demam campak yg 2-3 minggu tak bule keluar rumah?

Tapi Alhamdulillah, hanya segelintir saja yang nikmatnya ditarik......masih lagi dalam keaadan sehat walafiat, otak masih lagi cerdas, badan masih lagi kuat dan duit cukup utk makan minum seadanya...kerja bagus, pangkat besar, rumah besar...dan segala nikmat lagi lah....tambahan lagi nikmat berbuka puasa di bulan Ramadhan kan....


"Then which of the Blessings of your Lord will you deny?"-Ar-Rahman
"Maka yang mana satukah di antara nikmat-nikmat Tuhan yang kamu hendak dustakan"-Ar-Rahman



Begitu juga dgn hidup aku, yang penuh dgn dugaan, kecemerlangan, ups and downs. Dulu-dulu, bila aku bersedih, atau berduka lara, mesti aku rasa ianya satu bebanan yang berat....sgt beratt...dan selalu persoalkan kenapa aku...dan kemudian aku dapat satu nasihat yang sgt berguna drpd seorang teman yang aku pegang sehingga kini...."kalo hidup kita sentiasa di atas, di kemuncak, senang dan gembira..kita mungkin lupa utk melihat di bawah dan bersyukur padaNya....jika ada sesuatu perkara buruk berlaku pada kita, mungkin sebenarnya Allah itu memanggil kita utk pulang ke jalanNya...dan Dia sebenarnya sayang pada kita..."


Seperti mana PhD ini yang menuntut segala kekuatan mental, fizikal dan emosi utk mengawal segala keaddan yang mungkin atau tak mungkin berlaku. Aku perlu berusaha, dan memegang amanah dgn baik utk berjaya mendpaatkan PhD walaupun aku tahu jalannya sggt sukar...selama 8 bulan ini, ada keadaan dimana superviisor puji melambung dgn kerja2 yg menjadi, tapi ada juga dimana experiment tak menjadi and keep repeating doing it....tapi itulah, asam garamnya..hidup sebagai PhD student yg penuh dgn uncertainties....


Harapan aku biarlah jalannya sukar di permulaan PhD, moga di kemudian hari ada sinarNya dtg menyuluh pada aku...sebab aku percaya....hanya dgn usaha yang bersungguh-sungguh dan sentiasa berdoa padaNya, mohon padaNya..insyaAllah akan ada kejayaan di hadapan....Ameen....

"La yuraddul Qada' illa du'a..."
"Nothing could change the Qada' except Du'a..."
"Tidak berubah Qada' melainkan dengan Doa..."
---Sabda Nabi Muhammad S.A.W.


09 August 2011

Protest & Riot in UK

Rusuhan di UK telah bermula sejak hari sabtu lagi, 6 ogos 2011. Semuanya bermula gara-gara dikatakan seorang leader mat black (org kulit hitam) telah ditembak mati oleh police officer di Totenham Hale, North London. Ketidak puasan hati org2 kulit hitam ni mula merebak apabila mereka mulai provoke issue ini dgn menyatakan mereka (org2 kulit hitam menerima layanan yang buruk daripada org kulit putih) dan..tak puas hati terhadap UK government kerana cut cost, cut benefit mcm2 yang diorang terima selama ini daripada UK taxpayers. So diorang take advantange on the first issue and led the other groups to bring down London and create chaos in in certain places randomly. Croydon, Lewisham, Hackney, Ealing, Peckham antaranya yang kena teruk di mana rioters bakar je rumah2 org dan kedai2, pecah masuk dan mencuri segala benda dalam kedai, bakar bas and etc.

Menurut my friend, Nurul huda dan suaminya, bas yang dinaiki mereka dikepung dan digoncang2 oleh budak2 perusuh di Lewisham. Mereka nampak dgn mata sendiri bagaimana budak2 perusuh tersebut buat kacau dan musnahkan segala public properties, dan nampak polis dikepung oleh rioters (gitu pulak?).

Ada pelajar tahun satu Finance, Malaysian, bernama Asyraf HAziq has been attacked and robbed in Barking,London, dimana beliau dalam perjalanan mencari bekalan berbuka puasa. Ada video di Youtube mengenai insiden yang berlaku ke atas beliau. He is now in Royal London Hospital, dan sama2 kita doakan Allah akan balas segala perbuatan yang berlaku ke atas beliau dgn kebaikan dan pahala yang berganda2.

Dan di depan rumah kami pula semalam, en suami tak abis2 kejutkan si isterinya yang sedap tido (bule pulak tdo? :p) utk tengok kejadiaan depan rumah kami (rumah kami depan main road). Polis kejar mengejar dgn riotes, siap berenti keta diorang depan rumah kami dan tangkap and gari budak2 tu. But then after half and hour soal siasat depan rumah kitarog, diorang dilepaskan (polis salah org ke? :p) so agak menakutkan jugaklah semalam..sbb diorang main bakar je rumah dan kedai2 org...moga2 Allah melindungi keluarga kami dan keluarga Malaysian yang lain di UK....

Dan berita terkini, Rabu malam, 9 ogos 2011, riots has been spreaded to other UK city...Manchester city, Birmingham, Salford, and i heard Nottingham too. Please ya Allah, selamatkan kawan2 kami Malaysian di sana. Moga mereka terselamat daripada rusuhan tersebut.

Daripada apa yang berlaku, dan disiarkan di media2 utama UK ialah, rusuhan ini berlaku kerana ramai rakyat yang kurang berkemampuan marah dan tak puas hati dgn UK government kerana terpaksa berhadapan dgn recession period. Kebanyakan mereka ialah golongan kulit hitam dimana mereka bukanlah penduduk asal Britain pun. So bule la dikatakan mereka ini berada di UK dan menerima bantuan mcm2 dpd UK gov sebelum ini. Tapi disebabkan kegawatan ekonomi yang berlaku di seluruh dunia, UK gov terpaksa cut cost mcm2 bantuan yang diorang pernah terima selama ni, maka diorang ni rasa dgn merusuh dan musnahkan harta benda mungkin bule redakan kemarahan diorang. But adakah adil kepada kedai2 org awam yg musnah, dan pelajar kita yg kena serang? certainly this is not the right way to do a protest.....

Police di sini tak mahu menggunakan segala bentuk kekerasan menentang bdk2 riot ...kerana tak mahu keganasan di lawan dgn keganasan (itu kata police laa). Lagipun, most of the rioters adalah teenagers belasan tahun. Tapi apa yang berlaku ialah keadaan semakin teruk, keadaan tak terkawal, sampai SONY warehouse pun bule terbakar semalam. kilang perabot yg berusia 150 tahun juga terbakar (sedih dgr kisah owner dia). So ada pros and cons nya di sini. Police cakap mungkin keganasan bule dikawal dgn kekerasan tapi bagaimana nak membina karektor & moral British yang elok kalo menentang dgn keganasan? yang ada ialah kemarahan yang makin bertambah2.....

So cukup setakat ini, if anything comes up later, I will update the news. But for more info, you can just click here: BBC UK. For now, let's pray that all Malaysia are safe and sound here in UK. Salam Ramadhan utk semua.



05 August 2011

Surat daripada seorang guru

~hati sgt-sgt tersentuh ketika membaca emel ini :(, tatkala penulis dalam mode dukacita~




Salam buat BB yg diingati,


Kami sekeluarga alhamdulillah sihat sejahtera dan dipermudahkan Allah menjalani ibadah puasa dan solat tarawih di bulan yg penuh kemuliaan ini, Ramadhan. Ramadhan, bulan yg membuka peluang kita mendekati diri kpd Allah agar mencapai maqam ketaqwaan yg hakiki dan ketundukan sejati kpd Allah.


Saya boleh memahami apa yg BB lalui. Inilah cabaran utama yg perlu kita lalui dlm buat PhD ini. PhD ini menuntut kita supaya membina karektor PERSISTENT dan PATIENT. BB telahpun diterima oleh salah sebuah Univ terbaik dunia utk buat PhD. Ini satu pencapaian yg luar biasa bagi seorang anak jati Malaysia yg sebelum ini tidak pernah belajar di luar negara. Drpd tahap intelektual nya, BB telah melepasi rintangan ini. Kini BB perlu menghadapi rintangan seterusnya. Rintangan dan cabaran yg berada dlm diri BB sendiri, yakni rintangan EMOSI agar boleh menyiapkan projek Phd ini.


Sikap persistent dan patient ini melibatkan dimensi Emosi kita. Emosi ini memberikan terjemahan tersendiri apa yg berlaku disekitar kita. Mengapa kita perlu kecewa jika beberapa kali belum mendapat keputusan yg berjaya. Jgn guna perkataan GAGAL kerana dlm buat experiment ini adalah melibatkan proses kita belajar. Apakah BB jangka buat experiment PhD ni akan terus dapat result yg betul mcm buat ujikaji makmal. Siapa yg beri JAMINAN yg BB mesti dapat result yg berjaya dlm tempoh tertentu??? Tak ada siapa yg boleh beri jaminan ini, hatta supervisor BB. Hanya Allah yg tahu kerana segala ILMU adalah kepunyaan DIA.


Peluang keemasan sebegini kadangkala Allah beri hanya sekali dlm hidup kita. Tak ramai dapat peluang buat PhD ini. Ini satu anugerah dan amanah yg. Allah beri pd BB utk di pikul dan di jayakan.


Phd ni tak sama dgn buat ujikaji makmal spt biasa BB buat. PhD ni kita meneroka pengetahuan yg baru, yg belum pernah diteroka sebelum ini. Sudah tentu experiment yg dibuat memerlukan banyak langkah (steps) sebelum dapat result yg berjaya. Anggap bahawa bilangan experiment yg d buat itu merupakan steps yg perlu dilalui sebelum berjaya. Sudah tentu BB telah mempelajari sesuatu jika experiment itu tidak berjaya dibuat. Jgn anggap ianya sebagai kegagalan. Ini juga merupakan siri kejayaan yg BB capai sebelum mencapai kejayaan yg lebih besar.


Ketika saya buat PhD dulu, saya sendiri buat experiment selama hampir 10bulan sebelum dapat kejayaan yg pertama. Segala kerja dan data2 saya selama 10bulan itu tidak boleh digunakan. Saya buat experiment drpd awal pagi, 8pagi hingga ke larut malam, 3 pagi. Saya pernah tidur d makmal bila buat experiment ini. Saya pernah berpeluh dlm kedinginan musim sejuk kerana masih tak dapat results yg berjaya. Saya beberapa kali beritau isteri saya ajak balik ke Msia sebab tak berjaya lagi ketika itu. Saya cakap pd isteri saya sebagai nak release tension shj.


Phd ini benar2 menguji ketahap maksima kekuatan dan kekentalan emosi kita. Saya dlm menghadapi kesukaran PhD ini sentiasa berzikir kpd Allah dan berselawat kpd Rasulullah. Baru saya kenal keFAKIRAN, keLEMAHAN dan keJAHILAN diri kita. Hanya Allah yg memiliki segalanya dan kita mohon kpd Allah dgn shafaat Rasulullah dgn berselawat kpd Rasulullah. Rasulullah dikurniakan oleh Allah akan segala perbendaharaan ilmu. BB mesti meneroka sendiri dan kadangkala penerokaan itu tidak menuju arah yg tepat. Ini sebabnya kita perlukan petunjuk drpd Allah. Kita bertuah kerana kita ada Allah. Semoga PhD ini menambahkan keyakinan BB utk bergantung secara mutlak kpd Allah. Jika kita benar2 mengadu kpd Allah dgn kehinaan dan kefakiran diri, insya Allah, Dia makbulkan doa BB sebagaimana Allah memakbulkan doa BB utk buat PhD dulu.



Saya rasa cukup buat kali ini. Saya berdoa agar tulisan saya dgn izin Allah boleh memberikan suntikan semangat kpd BB utk terus melangkah kehadapan dlm penerokaan ilmu dlm PhD ini. Ingat, matlamat kita utk meneroka ilmu yg boleh memberi manafaat pd manusia, bukan sekadar kertas sijil PhD utk tujuan kenaikan pangkat. BB harus juga ingat supaya sentiasa pergi Makmal menjadi sebab musabab utk Allah beri Ilham dan Ilmu kpd BB. Ini menunjukkan kesungguhan kita berusaha kpd Allah.Jika BB rasa perlu bercakap dgn saya boleh hubungi no hp saya yg spt dulu, ........ Saya bersedia membantu apa yg saya termampu kerana saya ingin melihat BB berjaya mendapat PhD drpd universiti terbaik d UK dan dunia. Saya yakin BB boleh lakukan jika BB yakin pd diri sendiri dgn bergantung kpd Allah.


Sekian dulu drpd saya,
Dr.........., Malaysia.




notakaki: emel tersebut merupakan daripada seorang pensyarah/mentor penulis semasa di UKM dahulu. Besarnya anugerah Allah pada penulis kerana sentiasa memberikan org2 yg hebat di sisi penulis, namun penulis akur, kadang2 penulis lupa semua itu kurniaan-Nya, hanya dgn izin-Nya saja. Penulis berharap semoga tulisan daripada my mentor ini dapat juga dijadikan renungan kepada pejuang2 PhD di luar sana, kerana..dgn emel ini... Alhamdulillah harini penulis mendapat semula semangat penulis yang hilang semenjak beberapa hari yang lepas. Semoga kita semua mendapat hidayah dari Allah untuk meneruskan perjuangan PhD yang belum selesai ini.

31 July 2011

Trip 5 (destinasi terakhir): Liverpool & Cheshire Oaks Outlet


~salam Ramadhan untuk semua muslimim dan muslimat. Semoga Ramadhan kali ini membawa keberkatan dalam kehidupan kita. Kita berada dalam tahun 2011, dimana Islam itu sangat berkembang, namun sayang sekali masih ada yang lupa bahawa berpuasa itu WAJIB dan salah satu dari Rukun Islam~





Back to main story. We cont. our journey from Manchester to Liverpool on day-2. It took 45minutes driving by car. We dont have plenty of time on this trip, so again, we just choose 2-tourist attraction places to visit in Liverpool. First and foremost, mana lagi kalo bukan ke stadium pasukan kegemaran en suami. The Liverpool stadium, was located at Anfield- agak terkejut dgn pekan Anfield seolah2 macam pekan mati baru lepas kena bom. Sunyi, no activities, no hiruk pikuk :p Nasib baik stadium nya ramai org. Since my hubby is one of the Liverpool Kop, we opted to do stadium tour which cost us about 8pound per person. So let's the pic do talking ;)







*gambar mahal nii...kata en suami :p*

After finished the stadium tour, we went to the world-famous Albert Dock, Liverpool. Tak sempat nak bergambar2, si anak kecil dah terlena sedapp dalam car seat dia, maka tak jadi lah kami turun jalan2 area ni, just pusing2 dan ambil gmbar dari dalam kereta saja.......lain kali dtg cni lagi insyaAllah sbb cantik sgtt tempat nii....:p

End at Liverpool.

Kami seterusnya menjalankan aktiviti favourite kami sekeluarga. Shopping at Cheshire Oak Designer Outlet. 30 minutes from Liverpool. This outlet sgttlah besar sampai lenguh kaki kami berjalan sana sini, mencari brg2 utk di-shopping. Sayang sekali dpt jalan2 kat cni selama 4 jam saja.....bagi kami, kami suka ini Cheshire Oaks :p Besar dan penuh dgn brg2 favourite kami. For further info, just click here ;)

End our compact-2days-July trip.


London-StokeonTrent-Manchester-Liverpool-Cheshire Oaks-London.