Followers

03 August 2010

Bagaimana mendapat kulit muka licin dan bersih?

~gambar sekadar hiasan~

Petua ini merupakan implimentasi dan experimentasi (betoi ka sebutannya??) penulis blog sendiri. Penulis not affiliated with mana2 produk di pasaran. Sekadar berkongsi petua. Sharing is caring. kan..? Tapi kulit muka penulis tidaklah sencantik mana pun :p

  1. Sebelum tido, bangun tido mesti cuci muka.
  2. Guna produk pencuci muka atau krim muka yang tiada atau kurang bahan2 kimia. Kalo bule guna produk yang dibuat drpd natural sources. Atau gunakan produk Safi tanpa was-was. Ohh itu saya. :D
  3. Kalo tiba2 muka naik jerawat, cepat2 tempek muka dengan air asam jawa.
  4. Taruk lima nipis kat muka pun ok jugak. Tapi hati2. Ianya pedih. Muka akan jadi merah2. Dan jgn buat selalu guna limau nipis, nanti kulit muka jadi nipis pulak :p
  5. Produk yang ok dgn saya ialah Safi dan Olay. Org lain saya tak tahu. Kulit kan masing2 tak sama..:) Bila kita dah tahu produk tu serasi dgn kita, jangan gatal2 nak tukar. Saya pakai produk Safi since Tingkatan 2 lagi. Olay pulak start pakai masa buat degree. Alhamdulillah sampai sekrang masih lagi serasi bersama :p
  6. Avoid chemical-based product. Contoh: wet tissue or make up remover. Ramai yang berpendapat, penggunaan make up remover bagus sebelum cuci muki guna facial wash. Tapi bagi saya tidak. Apa2 yang ada bahan kimia (yg saya sendiri ragui), saya takkan guna.
  7. Seminggu sekali WAJIB scrub muka. Supaya kulit mati atau keras2 tu dapat ditanggalkan. Kasi licin sikit :)
  8. Facial massage. Ini saya pelajari dpd tokei spa kat perlis. muka dia cantik sgt. Dia cakap slalu lah massage muka sendiri supaya pengaliran Oksigen baik. Saya cuba peraktikkan depan cermin, masa scrub muka. Memang rasa segar selepas tu.
  9. Alat mekap. Cap ayam atau cap original tak kesah :p (kalo bule pakai yg original ye. kesian kat muka kita....)Tapi selepas pakai, kena ingat untuk bersihkan muka bersih2. Jgn pakai mekap terlalu lama di kulit muka. Bagi saya, 8 jam dah terlalu lama.
  10. Face foundation. Jgn pakai tebal sgt dik. Tak bule bernafas kulit muka u ols nanti. pakai selapis udah le..tapi saya kadang2 pakai dua lapis jugak :p krim Safi + MAC Studio Tech.
  11. Nak naik seri muka, bilas muka dengan air daun inai. Ini mak aku suruh buat masa lepas bersalin haritu. dia tengok muka anaknya pucat semacam je :p --ehh mcm lari topik pulak.
  12. Kalo naik jerawat, biasalaa...jgn panik atau sapu mcm2 krim (ber-kimia) pulak. It's normal ok. Biarkan saja, itu adalah kitaran proses pembersihan muka. Jerawat bukan jahat. Ada sebabnya muka keluar jerawat. Wahh nak explain anatomy jerawat pulak :p
  13. Kalo muka berminyak, amalkan pakai bedak sejuk malam2 sblm tido. Org yg dah kawen tak digalakkan pakai bedak sejuk malam2. terkejut suami dan anak nanti.
  14. apa lagi ya....? kalo ingat, i'll update more in the future.

Sekian, nota cantik dari penulis blog :p