Followers

14 August 2011

Hikmah di kala Ramadhan...

I am currently addicted to Quran recitation by Sheikh Mishary Rashid, with captivating translation at Youtube: Muhammad Atif's channel. go guys, check it out the website ;) Sebelum ini, hanya membaca Al-Quran, dan read the translation in my Iphone--just baca dgn kadang2 paham dan tak paham apa makna surah2 tersebut. Sebab merasakan diri Islam. Percaya 6rukun Imam dan 5 rukun Islam. We are born Islam, dibesarkan dgn didikan Islam, dan berada dalam negara Islam. Fine. dan macam perfect kan.


But somehow, bila berada jauh di negara orang..dimana teman se-lab slalu tanya kenapa perlu berpuasa, tak penat ke berpuasa, kalo feel sick tak payah la posa (sbb aku ni slalu kena sesema dgn batuk kalo kena angin sejuk skit :p), tak panas ke pakai tudung and banyak lagi lah....so mcm terkesima tak tahu nak jawab apa, hanya bule jawab i'm OK with all these and kdg2 hanya senyum saja. Rasa lidah ini tak pandai nak berkata-kata (lebih2 lagi dalam English :p), menjawab segala pertanyaan yg dikemukakan.


By Allah will, one day while I was bloghoping, terjumpalah video 'The Kingdom (Al-Mulk)' at blog kak Zuraihana. MasyaAllah, makna2 surah yg sebelum ini pernah dibaca berkali-kali, kali ini maknanya semua berpusing2 dalam kepala dan Alhamdulilah sangat mudah dipahami. Then i tried to search more video from the al-mulk-video developer in Youtube, sampai la terjumpa video 'The Beneficient (Ar-Rahman)'. Dulu masa di sekolah, setiap malam Rabu (if not mistaken) kena baca surah ni, dan tahu surah tersebut ada satu ayat istimewa yg sentiasa berulang2 dan ada maknanya yg tersendiri, tapi kali ini, by looking at this video.....dia punya maknanya.....sangat mendalam......



Setelah segala nikmat dan kebaikan yang Allah berikan pada aku, segala ilmu, harta, anak, suami, family, hidup semula selepas major operation dan segala bagai kurniaanNya ...macam ini saja balasan aku pada padaNya? Apa aku rasa semua ilmu datang dari otak sendiri? harta dan pangkat datang dari segala susah payah sendiri? Anak dalam perut lahir ke dunia hanya dgn PUSH?



"Then which of the Blessings of your Lord will you deny?"-Ar-Rahman
"Maka yang mana satukah di antara nikmat-nikmat Tuhan yang kamu hendak dustakan"-Ar-Rahman


Kita tahu semua sistem dalam badan manusia dikawal oleh otak(brain), and our brain controlled everything in our body...but Who is controlling our brain? lain dan tak bukan ialah Allah s.w.t. Mungkin sbb mencari2 jawapan itulah, sampai skrg org-orang Barat masih lagi mengkaji bagaimana otak berfungsi, dan di Timur pula, mengkaji bagaimana anggota manusia berfungsi supaya mereka bule mencipta robot yg seakan-akan manusia...


Harta kita yang hari ini kita dapat, ya benar mungkin dgn usaha kita. Tapi bagaimana sekiranya kalo harta2 itu tiba saja musnah dijilat api, atau terbenam dalam perut bumi ketika banjir atau tanah runtuh......sebagaimana rantai tangan kawen aku yg hilang di airport/dalam flight haritu? maybe sbb kalut dtg UK, dan tak sempat bayar zakat utk tahun lepas :( aku anggap ianya sebagai peringatan pada aku direct from Allah dan menuntut tindakan segera....sebab itu dalam Islam dan org2 yang bersyukur, dia akan memberi sebahagian daripada hartanya utk dizakatkan.....


Begitu juga dgn kepandaian....kita study bagai nak rak atau study rilex2 saja dan akhirnya dapat result yg sgt cemerlang tahun satu, dua dan seterusnya.....tapi bagaimana kalo hari nak exam di tahun akhir kita demam kepala pusing2? atau lebih hebat, kena demam campak yg 2-3 minggu tak bule keluar rumah?

Tapi Alhamdulillah, hanya segelintir saja yang nikmatnya ditarik......masih lagi dalam keaadan sehat walafiat, otak masih lagi cerdas, badan masih lagi kuat dan duit cukup utk makan minum seadanya...kerja bagus, pangkat besar, rumah besar...dan segala nikmat lagi lah....tambahan lagi nikmat berbuka puasa di bulan Ramadhan kan....


"Then which of the Blessings of your Lord will you deny?"-Ar-Rahman
"Maka yang mana satukah di antara nikmat-nikmat Tuhan yang kamu hendak dustakan"-Ar-Rahman



Begitu juga dgn hidup aku, yang penuh dgn dugaan, kecemerlangan, ups and downs. Dulu-dulu, bila aku bersedih, atau berduka lara, mesti aku rasa ianya satu bebanan yang berat....sgt beratt...dan selalu persoalkan kenapa aku...dan kemudian aku dapat satu nasihat yang sgt berguna drpd seorang teman yang aku pegang sehingga kini...."kalo hidup kita sentiasa di atas, di kemuncak, senang dan gembira..kita mungkin lupa utk melihat di bawah dan bersyukur padaNya....jika ada sesuatu perkara buruk berlaku pada kita, mungkin sebenarnya Allah itu memanggil kita utk pulang ke jalanNya...dan Dia sebenarnya sayang pada kita..."


Seperti mana PhD ini yang menuntut segala kekuatan mental, fizikal dan emosi utk mengawal segala keaddan yang mungkin atau tak mungkin berlaku. Aku perlu berusaha, dan memegang amanah dgn baik utk berjaya mendpaatkan PhD walaupun aku tahu jalannya sggt sukar...selama 8 bulan ini, ada keadaan dimana superviisor puji melambung dgn kerja2 yg menjadi, tapi ada juga dimana experiment tak menjadi and keep repeating doing it....tapi itulah, asam garamnya..hidup sebagai PhD student yg penuh dgn uncertainties....


Harapan aku biarlah jalannya sukar di permulaan PhD, moga di kemudian hari ada sinarNya dtg menyuluh pada aku...sebab aku percaya....hanya dgn usaha yang bersungguh-sungguh dan sentiasa berdoa padaNya, mohon padaNya..insyaAllah akan ada kejayaan di hadapan....Ameen....

"La yuraddul Qada' illa du'a..."
"Nothing could change the Qada' except Du'a..."
"Tidak berubah Qada' melainkan dengan Doa..."
---Sabda Nabi Muhammad S.A.W.


6 comments:

husna mahirah said...

kak bibi...saya sangat tersentuh dengan entry ini. Sangat-sangat berterima kasih on your kinds for sharing this. Saya doakan kak bibi berjaya dalam setiap apa yang kak bibi usahakan...insya-Allah...

zh-ena said...

sungguh menginsafkan diri..

Oyis said...

betul tu bibi. duduk jauh ni mendidik jiwa sebenarnya, sbb kita keluar drpd comfort zone, and we get asked questions yg x pernah pon kita sendiri sbg muslims asked, sbb we took our religion for granted. Alhamdulillah. Moga Allah terus mendidik hamba2Nya, x kira di mana berada.

Kak Wani said...

Salam perkenalan buat bibi.
I am bloghopping from Leed's blog.

Alhamdulillah, syukur banyak-banyak kerana Allah telah pilih kita untuk realize dan membuatkan kita terfikir semua nikmat dan dugaan daripada Allah.

Setiap kejadian tu memang untuk menunjukkan kekuasaan Allah swt.

Semoga kita sentiada di pimpin di jalan Allah.

.:nhalilah:. said...

hai.. salam kenal.. saya blog hopping.. tetiba jumpe urs...nice blog..

btw.. I email u something.. ada tanye skit..

kak zura said...

menitik air mata bila baca entry nieh....thanqs for the reminder.