Saya selalu melihat kedua-dua mereka ini, ketika mereka di dalam kesusahan dan kesedihan mengenai kerja2 PhD yg tidak menjadi, yg seorang itu sangat tenang, dan selalu berkata pada saya (translation) "Kita ada Allah,kita percaya Allah ada disisi kita utk memberi rahmatNya atau ujianNya pada kita, kita telah berusaha dan selebihnya kita serahkan secara ikhlas mohon kpd Allah beri jalan penyelesaian"
Berbeza dgn yang seorang lagi pula, saya lihat dia sgt berusaha bersungguh2 sbb dia cakap pada saya "only me and my hardwork will determine my success" Bila dia di dalam kesusahan, dia terus berusaha2 sehingga saya nampak dia sedikit kusut, dan apabila dia berjaya melepasinya, dia cakap pada saya lagi "i'm going out getting drunk tonite!"
Bila saya melihat dan mengkaji kelaku mereka berdua ini, baru saya sedar kenapa kes bunuh diri dikalangan non-muslim sangat tinggi. Bagi org2 Islam, kita ada IMAN, kita tahu kita ada Allah, kita senantiasa perlukan Allah di sisi kita....walau sehebat manapun kita berusaha, kita tahu setiap situasi memerlukan kita benar2 berserah dan bertawakal kpd Allah s.w.t. Bila kita kurang bernasib baik (dlm perkara2 yg diluar kawalan sendiri), kita redha dan menilai semula, kita percaya mesti ada hikmahNya disebalik sesuatu itu. InsyaAllah, itulah kunci ketenangan kita.
Memetik tulisan mentor saya dalam kiriman emelnya kepada saya;
"Segala KEPUTUSAN dan HASIL di dunia adalah milik mutlak Allah semata2. Kita diberi oleh Allah kebebasan utk berikhtiar, berusaha dan memilih sahaja. Kita akn diberi balasan ganjaran kebaikan atau keburukan atas usaha dan pilihan kita yg kita panggil AMAL dlm Islam. Jika kita Pilih n Usaha jln ke Syurga, Allah akn bantu dan permudahkan jln kita ke Syurga. Allah akan permudahkan kita buat kerja2 amal kebaikan. Jika kita Pilih n Usaha jln ke Neraka, maka Allah akan tetap izinkan jln kita ke Neraka. Allah beri keizinanNya utk mereka minum arak dan melakukan pelbagai maksiat lagi. Allah tidak akan pernah menzalimi hamba2Nya.”
"Kadang-kadang kita selalunya akan membaca Al.Quran tertentu bagi mengelakkan musibah atau memohon bantuan dari Allah (termasuklah saya sendiri), tapi sebenarnya ayat2 tersebut tiada kuasa apa2 pun, hanya yang ada ialah ikhtiar dan usaha daripada kita. Kita perlu tahu bahawa amalan membaca ayat2 tersebut sukar berhasil sekiranya tidak disertakan dengan pegangan AQIDAH yang jelas dan kukuh. Sebagai panduan ringkas,:
- Jiwa kita mesti menyedari kita sentiasa menZalimi diri kita kerana seringkali lupa akan Allah dlm kehidupan kita. Ini perlukan kita sentiasa memohon keampunan drpd Allah. Allah ajar kita dlm AlQuran bahawa Allah cipta kita utk sentiasa mengabdikan dan tunduk diri kpdNya. Bukan waktu solat atau waktu ibadah khusus sahaja. Dlm waktu solat pun kita sentiasa terlalai drpd ingat kpdNya, apatah waktu lain.
- Kita mesti merasa Hina di sisi Allah kerana menzalimi diri kita spt di atas dan seringkali lakukan dosa walaupun kita tahu perkara itu salah di sisi agama.
- Kita mesti rasa Lemah di sisi Allah kerana tiada berdaya upaya utk lakukan sesuatu perkara hatta utk buat kebaikan. Kebaikan yg kita lakukan merupakan anugerah Allah kpd kita disebabkan kita pilih n ikhtiar utk buat baik.
- Kita mesti rasa Jahil sejahilnya di sisi Allah. Segala ilmu yg ada pd kita juga anugerah Allah pd kita agar kita jlnkan tanggungjawab kita di dunia ini sebagai khalifahnya.
- Kita rasa Fakir di sisi Allah dan sentiasa berhajat kpdNya dlm setiap detik dan ketika.
Jika kelima2 perasaan ini kita benar2 hayati dlm jiwa sanubari kita, barulah kita boleh merasai Allah dlm jiwa kita. Dan bila kita memohon kpd Allah disertai dgn lima sifat ini, insya Allah Allah akan bantu kita sebab kita berada dlm situasi yg benar2 memerlukan bantuan Allah. Baru kita berada dlm situasi kita benar berserah dan bertawakkal kpd Allah. Kita tidak lagi membaca doa2 atau ayat2 Quran dgn lidah semata2 tanpa hati yg benar2 tunduk kpd Allah"
2 comments:
thanks for sharing this. PhD in itself is a really humbling experience (at least for me), sbb kdg2 cuba yg dah terbaik pon, kalo tiada bantuan drpd Allah, x berjaya jg.
Baliklah kepada ajaran Islam yang sebenarnya. Amalkan sunnah Rasulullah. Banyakkan tahajud, taubat dan solat hajat. Amalkan puasa sunat. Doa orang yang berpuasa dimakbulkan Allah selagi tidak melakukan kekufuran dan dosa. Mintalah padanya. Selain itu banyakkan zikrullah dan selawat ke atas Nabid. Tutuplah aurat jangan bungkus aurat. Kesemuanya hendaklah diamalkan. Jangan hanya tahajud sahaja tetapi aurat tidak dijaga. Wanita adalah aurat. Sebab itu terdapat individu yang tidak begitu cemerlang tetapi diberi kelapangan hidup. Layarilah blog Prof. Kamil Kehidupan Ringkas Tapi Signifikan Pensyarah UiTM yang berhijarah ke Madinah dan mengejar Akhirat dan mengimbangi dunia. Belajarlah dari cara hidup beliau sekeluarga.
Post a Comment