Followers

17 December 2011

Kita nak jadi ibu bapa yg jenis macam mana?

Sabtu lepas (beberapa minggu yg lepas actually), atas usahasama Malaysian postgrads in London, kami telah berjaya menganjurkan sebuah program bagaimana hendak mendidik anak2 mengikut kaedah Islam. Penceramah menggariskan 7 panduan utama kepada ibu bapa utk balik semula ke rumah dan mendidik anak2, iaitu:

1) Pendidikan Keimanan
2) Pendidikan Moral
3) Pendidikan Fizikal
4) Pendidikan Intelektual/Mental
5) Pendidikan Spiritual
6) Pendidikan Sosial
7) Pendidikan Seks

Di majlis itu juga saya tersedar dan belajar, kenapa ramai remaja2 perempuan akan lebih berseronok dgn boyfriend masing2 berbanding dengan ayah mereka atau keluarga mereka sendiri. Dan kenapa ramai remaja lelaki akan bersikap individualistik dan kurang menghargai wanita apabila mereka dewasa. Dan kemana hilangnya adab dan perasaan 'common sense' dikalangan anak2 muda skrg ni?? jadi bagaimanakah bentuk generasi muda masa akan datang??

Alhamdulillah, di majlis itu, barulah saya tahu yang banyak benda saya tidak amalkan,ada perkara yg saya tahu saya tak penah buat, dan mcm2 lagi. Majlis tersebut memanglah membuka minda saya supaya lebih peka dalam usaha mendidik dan mengawal anak2 kita.

Kita sbg ibu bapa mesti takut dgn masa depan anak2 kita dan slalu harapkan yg terbaik utk anak kita..tapi pernahkah kita terfikir, adakah kita sudah menjadi ROLE MODEL terbaik utk anak2 kita? Adakah kita sebagai ibu bapa sudah memberi 7 pendidikan asas kpd anak2 atau kita hanya menyerahkan tugas etrsebut kdp guru2 di sekolah? Pernahkah kita tahu APA YG ANAK KITA TAHU dan TAK TAHU? Pernahkah kita rasa adakalanya anak2 kita tiada adab yang sepatutnya apabila anak2 kita berada di rumah orang atau di luar rumah? Jadi persoalannya berbalik kepada ibu bapa......Apakah ibu bapa sudah memberi 7 pendidikan asas kepada anak2?

Bila anak kita semakin besar, ibu bapa semakin segan utk bersembang2 dgn anak2....akhirnya anak2 akan memilih kawan2 atau bf/gf sbg tempat utk berkongsi cerita...Jadi, adakah kita tahu apa yg anak kita tahu?? bagaimana pula dgn peranan seorang AYAH terhadap ANAK PEREMPUANNYA?? bagaimana anak perempuannya mahu memilih seorg CALON SUAMI, sekiranya ayahnya tidak bertindak sbg role model di dalam rumah? dan apabila seorang ayah menjauhkan diri (kurang berkomunikasi) dpd anak perempuannya yg dewasa....apa yg akan terjadi apabila anak perempuanya berjumpa dgn lelaki lain yg selalu mengambil berat?? --inilah antara2 kupasan2 menarik spjg sesi tersebut...semua benda ni buat saya terpikir dan insyaallah saya berjanji utk perbaiki diri saya dulu agar dpt menjadi contoh utk anak saya nanti....

Kita kena sentiasa penuhkan diri kita dgn ilmu dan mendahului anak2 kita, supaya anak2 kita bule share their story and interest with us..so that takde la anak2 akan rasa diorang lagi pandai dari kita dan bule memperbodohkan kita suatu hari nanti...tambahaan dlm dunia yg serba serbi canggih skrg ni...:)"To educate your child, you need to educate yourself first. To correct your child, you need to correct yourself first."-from kak Putri

Begitu juga dengan pendidikan seks terhadap anak2. Seawal mana ia perlu bermula?? Insyaallah next entry saya akan cuba sampaikan apa yg tahu (sedikit sebanyak shj).

Dan terakhir yg paling simple iaitu, Khalifah Method:
1) Be good to yourself
2) Influence anybody around you to be good as well
3) Make the environment clean :)

Penceramah tersebut jugak mencadangkan 1 set buku ini sebagai panduan: http://pustakaiman.blogspot.com/2010/07/dapatkan-buku-tarbiyatul-aulad-fil.html


Insyaallah, saya akan pelajari lagi utk memperbaiki kelemahan diri saya, supaya saya menjadi contoh kpd anak2 saya nanti. Saya percaya,sekiranya kita ramai2 mendidik keluarga kita menggunakan pendekatan Islam, Insyaallah masyarakat sekeliling akan melihat dan mungkin menjadikan contoh pula, lama kelamaan, ianya akan jadi ikutan dan mampu menghasilkan masyarakat yg harmoni dan sehat ;)

Will be cont.......

6 comments:

Tazli & Putri said...

Keep writing Bibi.
We'll do that as well so that the messages are transcended throughout the entire society. We've just made a strong nucleus to ensure it get bigger. Mudah-mudahan Allah rahmati kita, bantu kita mendidik anak-anak dan diri kita sendiri untuk masa depan Islam yang lebih cemerlang, Insya Allah.

ibu MZW @ farah idayu said...

salam....boleh saya share? saya nak post di blog juga...no worries...saya akan letak credits/source dari blog puan bibi ;)

p/s : saya akan post bila puan sudah memberi keizinan. tq =)

Bibi Intan Suraya said...

To kakputri: thanks kak! Msh byk lg ilmu sy kena bljr ;)
To Farah: no prob;) slm ukhuwah;)

ZihaN ZamberI said...

..I have that book jilid 2...memang buku bagus...ms study lg bc buku nih dalam subjek pengajian islam...what u say is tru..anak2 is our copycat..looks in the mirror,..our kids is from our reflection..

azlina majid said...

Bibi teruskan menulis pasal nih. if you dont mind... ilmu yang berguna buat semua..

owh yer just to let u know i've change my url to azlinamajid.blogspot.com

aisyaroslen said...

puan bibi,

i'm ur ex-student from unimap.1st batch diploma manufacturing.pn bibi ajar kitorang material cls kt tmn semarak if u still remember.ur blog does inspired n motivated me.keep on writing.