Masih ingat lagi sewaktu kami kecil, tiada berkereta, menaiki bas ke pekan Kangar utk membeli baju raya. Ada satu masa tu, mak membawa saya seorg ke Pekan Rabu, Alor Star di bulan puasa dgn menaiki bas dan teksi hanya utk membeli saya sepasang kain telekung baru, hadiah dpt 8A dlm PMR katanya. Telekung tersebut saya masih gunakan sampai skrg dan ada bersama saya di London ni sebab ianya mempunyai memori saya dan mak yang sgt kuat. Ketika itu, saya kata mak, saya nak hadiah sebuah Walkman (harga ketika itu agak mahal seratus lbh kalo tidak silap). Di setiap kedai yg saya Nampak walkwan, saya berhenti. Mak pun berhenti juga. Saya tunjuk saya nak yg itu dan yang ini. Dia tengok saja, dan akhirnya dia tetap belikan saya sepasang telekung. Saya sedih sgt ketika itu sebab saya nak sangat ada Walkman, sbb kawan2 di asrama kebanyakannya ada. Bertahun2 saya hadapi dan belajar dpd situasi yg lebih kurang sama, akhirnya saya paham kenapa mak bertindak sebegitu. Barang yang bukan keperluan utama dia tidak mampu, atau suruh kami cari duit dan beli sendiri.
Bila saya di tahun akhir di USM, saya berjanji pada diri sendiri, yg saya tidak mahu berehat atau ambil cuti slps tamat pengajian, sebaliknya saya mahu terus bekerja cari duit dan cuba bantu keluarga. Saya pulun mencari kerja, menghantar surat2 mencari kerja ketika di semester terakhir. Alhamdulillah, usaha dan doa saya ketika itu didengar Allah Taala. Saya mendapat tawaran kerja pertama saya sbg felo di UniMAP (ketika itu dikenali sbg KUKUM) dgn gaji sebulan RM1500. Dpd gaji tersebut, secara konstan saya berikan pada keluarga RM300, manakala lebihannya saya gunakan utk diri sendiri. Ketika itulah saya baru merasa nak beli kasut, beg tangan, baju, kereta dan sbgainya guna duit sendiri. Masa terus berlalu, dan saya selalu pesan kepada diri saya skrg ni (yg ini suami saya juga tahu perangai saya), saya selalu ckp pada suami, saya takmahu nak belikan dia hadiah mahal2 kalo saya belum belikan something special for my parents first. Bukan apa saya lihat trend anak muda skrg ni, utk boifren, girlfren semua sanggup beli, tapi utk ibu bapa kita pernah terfikir nak hadiahkan mereka yang lagi special?
Ketika di Malaysia dulu, dari zaman saya di university lagi, setiap hari saya akan telefon mak saya, jarang sekali saya missed. Kini di London, disebabkan perbezaan waktu dan kesibukan kerja, saya amalkan at least 2x seminggu utk telefon bertanya khabar keluarga saya. Saya harap rakan2, adik2 diluar sana, hubungilah ibu bapa anda semua (bg yang masih ada), jgnlah terlalu leka dgn panggilan telefon boyfriend/girlfriend sahaja. Ingatlah bahawa suatu hari nanti kita juga akan bekeluarga, mahukah kita dilupakan oleh anak2 kita sendiri? Sampai di sini saja saya menulis, dan ini sekadar luahan perasan yang rindukan mak, abah dan keluarga saya di Malaysia. Miss you all, a lot….

~saya dan mak sewaktu di KLIA, Nov 2010, sebelum berhijrah ke kota London~
5 comments:
betul tulisan bibi ni. sedih plak teringat mak sendiri. apatah lg hari ni gigih mencari2 hadiah harijadi utk mak saya. bibi dah setahun lebih ye di UK? masa saya peringkat bibi, (1 thn bbrp bulan di UK), masa tu ingatan paling kuat kat mak. lps tu dah dah better sket handle mummy-sick. apapon, bagus la ingat parents, sbb parents mmg x pernah lupakan anaknya. dah jd ibu baru saya tahu mcm mana rasa dia...
kak bibi, kuatkan semangat.. takper, telefon ada...
huhuhu.. teringat kat mak kami jugak.. kami pun mmg hari2 telefon tapi takpala sebab dalam malaysia ja..
and gud lak for your PHD study...
salam,
saya pon lbh kurg amalkan mcm yg bibi buat..apaa shja keinginan mak saya, saya akn penuhi walo apa cara..saya fikir mcmn mak kita buat msa kita kecik2 dulu..
sedih la entry bibi kali ni....
sekarang baru faham apa perasaan ibu..... macam mana walaupuan anak tu ketegak etc, ibu tetap sayang. ibu tak sampai hati pun nak cubit2. huuuuu....
Post a Comment